Tuesday 29 November 2011

LELAKI BEKERJAYA MEMANGLA SIBUK

Berkarat blog aku!Bukan taknak update entri, tapi sejak jadi lelaki bekerjaya ni, kesibukan melanda dengan dasyat. Tender bersepah-sepah nak kena handle (kononnyer). Kasi cuci sikit blog ni dengan IQ TEST ni,..


Minggu depan ada bahan baru. Insyallah.
OKBAI.

Wednesday 16 November 2011

ASAS TENTANG HDR (1ST CHAPTER)

Sebelum membebel elok aku bagitau korang info-info yang bakal korang baca ni aku olah berdasarkan pemahaman aku daripada beberapa sesi pembacaan, bukan melalui ilmu aku sendiri  sebab aku pun masih belajar. Dah, jom!

HDR = High Dynamic Range = Tinggi Julat Dinamik (goggle translate)
Kalau tanya aku apa gunanya, aku lebih suka tembak awan sbb kalau dh masuk software nmpk jelas perbezaan.

1st : Setting Kamera
> ISO : serendah mungkin (100 elak noise)
> RAW atau JPEG? (sebaiknya RAW tapi ikot suka korang la)
> Mode (Aperture Priority AV tapi ikot suka korang jugakla nk pakai manual pn)
> Aperture (7-11 standardla untuk lanskap, klo rendah sgt bukan nak main bokeh pn)
> Shutter (tak payah tnya la kalau ko dh pakai AV!!)

2nd : Edit
Banyak software yang boleh digunakan. Bagi yang handal & rajin gunalah PS tp bg golongan yang tak pandai & tak rajin aku masukkan ajer dalam DYNAMIC-PHOTO HDR sebab boleh main klik2 je. Mood malas nak tunjuk macam mana nk gunakan sotfware tu sebab sgt2 senang. Budak tadika pun boleh buat. So korang cari sendiri software tu, pastu klik2 jer ikot suka hati. Tapi ada sedikit petua : TAK PAYAH NAK EDIT MELAMPAU SANGAT, SIKIT2 DAH LA





Untuk 2nd chapter, tunggu aku study dulu tentang cara nak edit pakai PS. Kang aku bagi ajaran sesat plak..hahaha

OKBAI

Monday 14 November 2011

BENGKEL ASAS FOTOGRAFI, LIGHTING & EDITING (2ND CHAPTER)






Thanks to Kolej Komuniti Kemaman for the invitation. Hope to see all of you again soon with GIANT GEAR..hahha..OKBAI

Sunday 13 November 2011

BEBELAN BENGKEL ASAS FOTOGRAFI,LIGHTING & EDITING(1ST CHAPTER)

Selesai sudah 1 bengkel di Kolej Komuniti Cawangan Kemaman. Mata masih parok ketika membebel ni.Just a short entri. 
Framing Trial By Ariey Roslan

Panning By Helmi Slumber

B&W By Helmi Slumber

Panning By Lily

Light Trail By Najib

Komposisi By Aries Roslan


Semua gambar di atas antara hasil yang dihasilkan oleh para peserta bengkel sepanjang bengkel berlangsung (tanpa sebarang editing). Personally, ini adalah bengkel yg terbaek yang pernah ETS STudios anjurkan dari segi ketepatan masa dan komitmen para peserta. Thumb up semua.


Segala kekurangan dan kelemahan mohon maklum balas dari semua peserta bagi tujuan penambahbaikkan kelak. Untuk maklumat tentang bengkel-bengkel asas dan lanjutan kami, bolehlah merujuk kepada Kuasai Asas Fotografi Bersama ETS STudios di Facebook.




OKBAI!!

Tuesday 8 November 2011

UBAT TAHAN MENGANTUK









KHASIAT (kononnyer) HIPNOSIS MATA :
1. Kalau mengantuk, cuba lihat gambar-gambar ni lama-lama.
2. Elok untuk minda kerana akan aktifkan minda anda (ok aku pndai2 je ni)
3. Untuk dijadikan entri baru aku.
4. OKBAI
5. Try, cuba, test k

Sunday 6 November 2011

HITAM & PUTIH (B&W)




TIPS GAMBAR HITAM & PUTIH (B&W PHOTOGRAPHY)
1. FORMAT RAW
Kenapa RAW?sebab jika guna format RAW, details pada gambar akan lebih kelihatan. Tak faham apa tu RAW dan JPEG?entri tenntang tu akan menyusul kemudian, takpun korang pegi jela goggle.hahaha


2. WARNA ATAU TERUS B&W?
Untuk pengguna DSLR, anda boleh terus setting kamera anda ke format B&W. Tapi bagi pengguna kompak, jangan risau, ada pun boleh hasilkan gambar hitam putih . Mudah sahaja, masuk je PS takpun kalau malas sangat, masuk Photoscape.keh keh keh. 1 lagi, kalau anda shot pakai JPEG, lebih elok shot warna kemudian baru convertkan ke B&W.


3. ISO
Gunakan ISO paling RENDAH. Kenapa?untuk elak noise.B&W kalau shot pakai format RAW, details noise akan jelas kelihatan jika ISO yang anda gunakan tinggi. 


4. BILA PATUT GUNA B&W?
Menariknya guna B&W untuk shot situasi-situasi yang memerangkap memori. Baru nampak gambar tu menggamit memori (keh keh keh). Ramai photog suka guna B&W ketika suasana yang suam-suam kuku a.k.a contrast situation.


5. KOMPOSISI
Sama seperti gambar berwarna. Tapi untuk lebih menarik, dapatkan situasi yang ade bayang-bayang (reflection). Semuanya bergantung kepada kekreatifan photog itu sendiri.


OKBAI!!

Saturday 5 November 2011

KURSUS ASAS PHOTOGRAPHY, LIGHTING & EDITING ETS STUDIOS






MAKLUMAT :
- BENGKEL ASAS FOTOGRAFI INI ADALAH ANJURAN ETS STUDIOS
- KEPADA PIHAK YANG BERMINAT UNTUK MENGANJURKAN BENGKEL ASAS FOTOGRAFI, BOLEH TERUS MENGHUBUNGI ADMIN ETS STUDIOS
- NOTA ASAS FOTOGRAFI YANG MASIH TIDAK TERDAPAT DI PASARAN AKAN DIEDARKAN KEPADA PARA PESERTA SECARA PERCUMA DAN IANYA TERHAD!!