Sunday, 6 November 2011

HITAM & PUTIH (B&W)




TIPS GAMBAR HITAM & PUTIH (B&W PHOTOGRAPHY)
1. FORMAT RAW
Kenapa RAW?sebab jika guna format RAW, details pada gambar akan lebih kelihatan. Tak faham apa tu RAW dan JPEG?entri tenntang tu akan menyusul kemudian, takpun korang pegi jela goggle.hahaha


2. WARNA ATAU TERUS B&W?
Untuk pengguna DSLR, anda boleh terus setting kamera anda ke format B&W. Tapi bagi pengguna kompak, jangan risau, ada pun boleh hasilkan gambar hitam putih . Mudah sahaja, masuk je PS takpun kalau malas sangat, masuk Photoscape.keh keh keh. 1 lagi, kalau anda shot pakai JPEG, lebih elok shot warna kemudian baru convertkan ke B&W.


3. ISO
Gunakan ISO paling RENDAH. Kenapa?untuk elak noise.B&W kalau shot pakai format RAW, details noise akan jelas kelihatan jika ISO yang anda gunakan tinggi. 


4. BILA PATUT GUNA B&W?
Menariknya guna B&W untuk shot situasi-situasi yang memerangkap memori. Baru nampak gambar tu menggamit memori (keh keh keh). Ramai photog suka guna B&W ketika suasana yang suam-suam kuku a.k.a contrast situation.


5. KOMPOSISI
Sama seperti gambar berwarna. Tapi untuk lebih menarik, dapatkan situasi yang ade bayang-bayang (reflection). Semuanya bergantung kepada kekreatifan photog itu sendiri.


OKBAI!!

No comments:

Post a Comment